Thursday, June 27, 2013

Annual Dinner - Masalah yang selalu dihadapi ;(

Hai dan assalammualaikum.

Fuh! Dah berapa hari aku tidur tak lena sampai bengkak eyebag aku nie ha. Baru je aku habis annual dinner untuk Master Builders Association Malaysia (MBAM) dah datang annual dinner untuk company pulak. Waktu dinner MBAM macam orang gila aku ha nak cari baju, nasib lah Summit USJ depan rumah aku nie je ha. 

Cari punya cari nasib aku ada BFF, Masnita yang tolong aku semua. Kalau tak punah habis lah, memang that day aku paling buruk lah kalau aku tak berusaha kan? Sampai je dinner tu, LAH? Menyesal aku mencari macam orang gila, sebab ada certain people just pakai baju kurung. OMG! Btw, aku selitkan lah sedikit kan aku punya gambar waktu dinner hari itu.

*Gambar tak boleh ambik medium apatah lagi extra large sebab kabur! Aargh! Taklama beruban aku asyik marah2.







Masalah yang aku hadapi sekarang -,- Lepas berapa minggu pulak, annual dinner untuk company aku. Theme arabian, nampak senang untuk mencari baju kan? Tapi sebab aku cerewet dan kedekut so aku pilih baju yang mana aku boleh 2 in 1 maksud disini aku pakai untuk dinner dan RAYA!!!! Of course lah kena cari baju yang tak berkelip kelip sangat macam kunang2 kan, sebab takkan raya nak pakai baju berkelip bagai ha. Tak pasal kena kutuk aku.'

Masalah yang aku hadapi sekarang -,- Of course perempuan fikirkan make up kan? Nak make up arabian ni macam bollywood, so kena tebal dan tebal dan tebal sampai nak cuci kena pakai satu botol make up remover tu ha. Adoyai. Kalau pakai make up simple waktu malam nanti tak dapat tangkap gambar lawa sebab tak nampak make up tue.

Masalah yang aku hadapi sekarang -,- Tudung / Selendang bagai semua. Aku nak pakai tudung apa, sebab aku selesa pakai tudung bawal je ha. Tudung lain tak sesuai untuk aku sebab aku muka bulat. Issue kat situ yang buat aku tak boleh tidur utk beberapa hari ha. 

You olls tahu aku suka gila baju kat bawah nie. Tapi memang taklah aku nak sewa bagai sebab harga pun dah mencecah ribu untuk menyewa tak berbaloi kalau aku menang sekali pun. Takdapat back up modal balik. Hahaha, aku bermimpi sahaja sambil menelan air liur basi "-"




Thanks for reading.

Wednesday, June 26, 2013

Musim Jerebu - Pemakaian mask mana lebih elok?

Assalammualaikum.

Fuhhh! Bapak ai lama gila kot (lama lah sangat kan) tak update blog. Pertama sebab aku geram aku punya blog tak boleh upload picture. So setiap hari PC aku ni makan maki aku. Tapi aku maki baek perkataan baek lah kan. Jangan korang fikir lain pulak. Adoiyai. Pukul 18:22 aku masih di office memandangkan boss aku bagi kerja last minute. Tapi tak apa. Aku suka buat kerja time camni sebenarnya takde gangguan, apatah lagi sejuk aku boleh buat sesuka hati menda dalam office pada waktu sekarang. Kan kan kan? Tolong puji aku rajin, pekerja cemerlang you olls! Haish. Puji aku belanja gula gula 20 sen. Sorang dapat 2 biji je lah.

Okay! Sekarang tengah jerebu kan? Jerebu di tahap very unhealthy and hazardous kan? (Info yang nie aku dapat untuk area shah alam, pelabuhan klang dan petaling jaya). So aku saran kan korang yang bekerja di office sahaja memakai 3 layer mask. Tapi yang kerja outdoor pakai N95 mask, sebab expert mengatakan mask N95 adalah yang terbaek untuk melindungi kita dari menghidu jerebu tersebut. 

Nie mask 3 layer yang mana ada sesetengah company jerebu sudah mula masuk ke dalam office walau dalam kadar sedikit, tetapi pekerja digalakkan memakai mask 3 layer ini. Mask nie boleh lah you olls dapatkan kat klinik mana mana lah. Kat mydin 80sen je 1. 
 Yang nie pulak mask N95 yang mana sesuai untuk sesiapa bekerja di luar, sesuai untuk orang yang menunggang motor, contoh despatch ke, construction ke apa apa lah. 

So you olls pilihlah yang mana terbaek eh. Hehe. Taknak lah dengar sakit sebab jerebu. Aku pun flu and cough dah seminggu nie tak baek bercakap sengau habis you olls. Semoga you olls mendapat rehat dan menjaga kesihatan yang secukupnya! Hidup sihat kerja HAPPY oiiii!


Thanks for reading.