Monday, July 22, 2013

Superman - Man of Steel

Hai dan assalammualaikum

Why ah you put the title like that? OMG! Nak berspekong pulak kan. Aku lebih prefer malay coz im proud to be Malaysian. Macam Korean dan Japan diorang company berlambak satu perkataan mat salleh pun tak pandai. Okay okay, berbalik pada cerita Superman di atas. Act, aku tengok symbol S memang supercool tapi aku bukanlan obses sangat sampai boleh terjun bangunan macam Superman kan? Alangkah aku ada kuasa macam tue, betapa bangga sebab aku dikenali atas kebaikan aku. Waaaaaaaa! Hahaha. Bapak teruk nak kuasa tapi nak orang kenali.

First of all lah, aku nak minta maaf kat Mickey (my fav cartoon and my car's name) sebabnya I AM OBSESSED WITH SUPERMAN NOWWWWW! So i changed my car's name, my accessories car to Superman. Nie semua gara gara Man of Steel. Even ending dia memang tak suka memang aku nak maki hamun habis, tapi jalan cerita dia yang superdubercool.

Why i chose Superman as my favourite? First, aku kan dah meningkat dewasa, jadi aku ingin jadi yang matang dalam percintaan (aceceh takde kaitan langsung muahaha). Okay okay, aku senaraikan:

1) Superman seorang yang sangat cool, caranya yang tenang, ada masalah besar tapi masih bertenang.

2) Superman sangat menjaga imej. Korang tengoklah stylish hair dia mengacam gila kan. Kemas dan rapi. 

3) Superman sangat tough. Korang tengok dia pakai baju ketat dia tue, nampak segala body dia tue kan? Tough gila dengan muscle yang berketul.

4) Superman sangat berani, dia berani mengadap musuh dia yang super power gila ah tapi mati pulas kepala. Sob sob -,-

 5) Gangster mana pun Superman tapi dia romantik kan? Dia melindungi orang dia sayang, dia mencintai orang dia sayang. 

Sekarang dengan official aku mengisytiharkan kereta aku bernama Superman. Bukanlah Mickey. Im so sorry Mickey and thanks to you coz you being my BFF for 3 years.






Gambar nie takde kena mengena saja nak mencapap muka.


Thanks for reading

Sentuhan Perasaan di Kala Sedih

Hai dan assalammualaikum,

3 tahun berlalu tanpa berita,
Muncul di Facebook,
Hati gembira detik melihat siapa
Tanpa ragu kawan diterima

Kasih bermula tatkala berhubung
Tidak pernah berubah 
Mengimbau kembali memori lama
Menjadi hati kembali berbunga

Bahagia rasa tika di Tampin
Bergelak tawa bersama keluarga
Merasakan bahagia hidup disisinya
Berikrar akan menyayangi sampai mati

Derita kembali tatkala berada di Subang
Ditinggalkan disini dengan alasan
Alasan berjaya mengalirkan air mata
Apakah aku tidak sempurna baginya

Kesedihan menjadi kegilaan
Kegilaan tatkala melihat kemesraan 
Kemesraan kau dengan dia
Apa kau lupa hati masih merana

Terharu dikala kau memberi ayat romantis
Kerinduan yang kau rasa di Twitter
Kerinduan yang aku rasa di LINE
Betapa senang kau melupakan

Aku menunggu keputusan dengan penuh harapan
Tangga tangga penantian menghampiri
Hanya berapa detik kau temui kebahagiaan
Melupakan diri pemberi semangat

Bahagia kau disana
Sebesar zarah aku tak mampu 
Untuk menghilangkan sakit ini.

Terima kasih si dia
Perhubungan yang singkat
Kehabisan yang sia sia.

Hasil nukilan ; Faien Abu Bakar


Thanks for reading

Friday, July 19, 2013

Annual Dinner - Arabian's Night

Hai dan assalammualaikum.


Sudah seminggi lebih annual dinner berakhir. Aku baru upload sebab aku tunggu gambar dari photographer professional semua gambar kat dia. Aku tak tangkap gambar guna fon busy lah katakan. Nama pun commitee kan? Hahaha. Orang kuta VVIP pulak tue. Hahaha. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar, dengan kehadiran 200 tetamu, mesti korang tanya kenapa sikit kan? Sebabnya company aku nie bukan manufacturing, FM je so pekerja tak ramai sangat. 

Okeh, aku rasa ramai dah tahu teman annual dinner company aku nie, Arabian's night. Setelah aku penat memikirkan nak pakai baju apa untuk dinner, akhirnya aku dah dapat baju yang simple sangat. Sebab nama pun kedekut mesti lah beli baju murah dan boleh pakai untuk Raya!!!!!Muahaha. Dinner dibuat di Holiday Villa Hotel, Subang Jaya belakang Subang Jaya Medical Centre. 

Btw, untuk pengetahun korang, we all dapat buffet ramadhan disini FREEEEEE! Let say lah you all nak makan untuk buffet ramadhan, datang je sebab murah dan Makanan sungguh DEABAKKKKKKK! Serius lazat sehingga menjilat jari. Daaannnn ada OYSTERRRR! Geli aku nak makan. Hahaha.

Classic Ballroom, Holiday Villa Hotel, Subang Jaya

 
Tetamu yang hadir sila register sini eh! Takde nama tak boleh lucky drawww!

 Yang Berhormat tetamu VVIP

 Kamu bodyguard VVIP
 

 Menjalankan tugas sebaek mungkin! Hahaha
 Site staff yang hadir! Sudah dipenuhi dan meriah!

 Bangga kejap VVIP nak tangkap gambar. -,-



Game yang disediakan oleh penganjur - Lawak gila, 
 

Tahniah kepada KING and QUEEN of the Night.
Arun dan Hani.
 

Bling bling kat baju Hani tu boleh dapat kat Summit, Subang Jaya tahu tapi tak ingat kedai apa. Kedai tu sahaja yang jual baju baju untuk dinner atau pergi clubbb. Waaaaaa! Tudung Hani yang dia lepaskan tu boleh dapat di Radiusite-Click sini. Accessories yang kami pakai semua tue boleh dapat di Summit kedai dia sebelah MCD yeeee. Okeh last baju aku boleh dapat di Berjaya Times Square tapi tak ingat kat mana kedai. Pandai lah korang cari. Hahaha.


Thanks for reading

Tuesday, July 16, 2013

Tidak Sedap Hati berserta Doa

Hai dan assalammualaikum

Okay! Perasaan tidak sedap hati memang aku tak suka giler. Sekarang aku tengah mengalami perasaan tidak sedap hati, tapi penat aku fikir dari tadi apa yang menyebabkan aku tidak sedap hati tetiba. Apa yang aku harap benda ini takde kaitan dengan ma abah ataupun di tempat kerja. Jadi untuk tidak aku fikir panjang masalah nie, aku hanya mampu berdoa dan meminta pertolongan dari Allah swt. Hanya Dia yang mampu menjauhkan aku dari rasa ketidaksedapan hati dan aku mengharapkan tiada perkara yang buruk berlaku. 

Tapi aku tahu bukan aku saja yang pernah mengalami semua ni, you olls pun pernah kan? So aku nak share sikit surah dan zikir yang boleh kita baca untuk hilang rasa tidak sedap hati. Btw, yang ABC (Allah Bagi Cuti) tu, PERIOD lahhh boleh baca dalam hati. Insyaallah.


Surah  Al Insyiraah : 




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Mokcik faien amalkan dengan cara:

Letak tangan kanan di atas dada kiri dan baca surah ini 3 kali bersertakan doa kepada Allah memohon melapangkan dada yang menimbulkan perasaan tidak sedap hati. 

Friday, July 12, 2013

Doa Tidak Dikabulkan

Hai dan assalammualaikum.

Korang mesti pernah fikir kenapa doa korang tak dikabulkan oleh Allah swt? Cuba korang bayangkan kalau doa korang semua dikabulkan dalam 1 masa? Percayalah dunia akan jadi huru hara. Sebab tu Allah Maha Bijaksana, Dia tahu apa yang akan berlaku. Kepada manusia yang doa tidak dikabulkan oleh Allah swt, dan Tuhanmu berfirman:

“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku
akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”
(Al Mu’min:60)

Ketika suatu doa tak segera menampakkan tanda-tanda terijabah, maka seharusnya seseorang tetap berbaik sangka kepada Allah SWT. Sebab, Allah SWT akan mengganti bentuk pengkabulan doa dengan sesuatu yang lebih bermanfaat bagi si pemohon atau ditunda pengabulannya hingga hari akhirat dalam bentuk deposit pahala. Rasul pernah bercerita, nanti di akhirat ada seseorang yang heran mengapa Allah banyak memberinya rahmat-Nya, ternyata semua itu diperoleh dari do’a-do’anya di dunia yang belum terkabul..

 

Kedua, perilaku buruk. Syaqiq al-Balkhi bercerita, ketika Ibrahim bin Adham berjalan di pasar-pasar Bashrah, kemudian orang mengerumuni beliau. Mereka bertanya, “Mengapa Allah belum juga mengabulkan doa mereka padahal telah bertahun-tahun berdoa”, bukankah Allah berfirman, ”Berdoalah kalian, maka Aku mengabulkan doa kalian.”. Ibrahim bin Adham menjawab, ”HATIMU TELAH MATI DARI 10 PERKARA”, yaitu :

01. Engkau ber-Tuhan-kan Allah, tetapi tidak menunaikan hak-Nya.

02. Engkau membaca kitab Allah, tetapi tidak mau mempraktikkan isinya.
03. Engkau mengaku bermusuhan dgn iblis, tetapi mengikuti tuntunannya.
04. Engkau mengaku cinta Rasul, ttpi meninggalkan suri tauladan dan sunah beliau.
05. Engkau mengaku senang surga, tetapi tidak berbuat menuju kepadanya.
06. Engkau mengaku takut neraka, tetapi tidak mengakhiri perbuatan dosa.
07. Engkau mengakui kematian itu hak, tetapi tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
08. Engkau asyik meneliti aib-aib orang lain, tetapi melupakan aib-aib dirimu sendiri.
09. Engkau makan rezeki Allah, tetapi tidak bersyukur pada-Nya.
10. Engkau ikut menguburkan orang mati, tetapi tidak mengambil pelajaran dari peristiwa itu.

Pesanan mokcikfaien kepada anda :

Berdoalah dengan seikhlas hati anda, insyaallah Allah akan menerima doa anda. Wallahualam. 

Akan menyusul 9 petua mencapai doa mustajab dari Rasulullah.

Thanks for reading.