Monday, April 29, 2013

Pesta Buku Karangkraf 2013

 Hai dan assalammualaikum

Akhirnya ada masa jugak aku nak berblogging bagai. Aku saja nak share kat korang pasal Pesta Buku Karangkraf 2013,April May 2013,PWTC. Pergi tahu elok lah kepada anak2 yang masuk sekolah tu sebab ada buku budak sekolah jual harga RM1.

Nampak sticky note aku tampal kat PC tue? Semangat gila lah aku nak pergi macam aku nak jumpa artis Kpop lah katakan. Aku kan ulat buku kononnya rajin membaca padahal aku borong semua majalah dan komik jepun aku suka baca kumpul bagai. 

 Sahabat yang sanggup melayan kerenah aku walau camner sekali pun. Aku, Hani (Merah), Masnita (Corak), Geetha

Aku pergi dalam 4 orang lah officemate aku yang sekarang dah jadi BFF bab kata boss kesayangan aku (sayang ke hahaha nampak sangat aku kaki ampu). Thanks korang sanggup melayan aku nak pergi sana juga. Aku kalau keluar memang tak ingat rumah lah kan, tawaf setiap booth yang ada kat PWTC sebab aku suka kumpul beg2 yang diorang kasi waktu beli buku banyak. Tue yang aku borong habis terus duet aku. Ni nafsu syaitan astaghfirullahalazim.

Lepas habis tawaf kat PWTC nie aku bawa diorang makan kat Little Wok Kitchen Wangsa Walk, Wangsa Maju. Dalam banyak2 kedai situ aku pilih sebab aku suka sampai ketagih weh. Bukan ketagih dadah eh aku sekeh kepala fikir bukan bukan, aku ketagih Cantonese Kue Teow dia. Sumpah best. Siapa pergi order nie je confirm kenyang! 5 star aku bagi. Memang nie tempat yang akan aku pergi kalau aku pergi area Ulu Kelang. Aku tak upload banyak gambar ah sebab gambar semua kat hp kawan aku Hani, belum habis transfer lagi aku kan busy mengalahkan PM kononnya. Padahal pemalas habis.

Adakah aku mental atau mengalami ketegangan? Semua tue salah sebab aku tengah kelaparan dan perut tengah buat konsert Metallic habis doh dalam perut aku. Muka kebuluran merayu simpati mengharapkan makanan tibe dengan cepat!


P/S: Setiap gambar ada ceritanya ;)

Thanks for reading.



Friday, April 19, 2013

Hai. Assalammualaikum

Otak jem buat menda alah nie, minute meeting amende nak tulis pun aku blurrr. Kerja punya pasal kasi hentam je lah. Hahaha. Selepas dilantik menjadi Secretary for HSE Committee Meeting nie aku kena lah jalankan tugas sebaik mungkin kan? Nak jadi pekerja baek lah katakan *Muntah boleh? Sesiapa bakal menjadi safety officer,supervisor, executive dan yang sama waktu dengannya memang korang akan mengalami punya lah. Nak tanya pengalaman aku sebagai budak baru boleh boleh whatsapp call sms live wechat bbm email facebook twitter je lah aku eh. 

Nampak tak aku pekerja terbaek dan cemerlang *Cemerlang lah sangat

Tugas tugas sampingan lah kan sebagai HSE Commitee nie, sebagai informer bertauliah aku bagitahu lah korang korang semua *Korang boleh refer buku OSHA 1994 Pages 249 ;

Nie buku OSHA, BIRU tue edisi zaman aku belajar MERAH tue edisi 2012.

1) Of course lah aku kena buat minute meeting lepas mesyuarat bagai semua nie kan lagi satu pandai korang hadap otai otai pekerja kat site nie.
2) Korang kena bantu lah sikit2 taklah sikit tapi banyak lah dalam kaedah keselamatan dan kesihatan
3) Korang kena pandai kaji tentang kerberkesanan lepas korang buat program keselamatan ni.
4) Buat kajian kat tempat korang kerja tu berkaitan kemalangan ke keracunan ke penyakit ke apa2lah  berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan dan korang kena LAPOR pada majikan.
5) Last sekali tengok semula dasar keselamatan dan kesihatan kat kornag kerja tue. Rasa2 takpuas hati mende majikan korang bagi isu keselamatan tue terus je bagi cadangan. Takpayah diam bagai sebab hak pekerja kena ada.

Disebabkan buat minute pun mendatangkan tekanan sikit lah kan, muka habis berminyak bagai stress lah konon padahal kerja senang nak mampus. Petik jari siap bagi orang pandai buat lah kan. Jadi nak elakkan muka berminyak, kalau nampak glowing takapa juga nie nampak kusam kan jadi aku beli OIL BLOTTER brand ZA New York. Mende alah nie kau boleh dapat kat mana je korang nak Guardian ke Watson ke memang confirm ada.


Nak tahu sebab aku suka pakai nie dari yang lain kan first korang letak kat hidung korang memang terus lekat minyak. Nampak puas gila korang tak payah beriya lap dia terus serap. Lepas tu minyak pada tisu dia tu tak nampak ketara sangat jadi korang tak malu lah nak sapu depan orang kan? Waktu korang letak kat tempat berminya muka korang yang cantik molek tue kan, memang korang rasa PERRGGGHHH! Puas hati tengok mende tue serap depan mata korang.


Taraaaaaa! Korang akan nampak minyak tue bila gelap, kalau kena pancaran memang taknampak. Memang sempoi habis lah pakai depan orang sebab taknampak dan tak menggelikan. Serius aku cakap.

P/S : Jangan tanya kenapa ibu jari aku camtu sebab dari lahir aku memang camtu.

Thanks for reading.

Thursday, April 18, 2013

Mahal mahal mahal

Hai dan assalammualaikum

Aku ketidakpuasan hati sebab harga makanan yang aku makan di salah satu foodcourt berdekatan dengan office aku. Haish, cekik darah ke makan darah ke minum darah nie? Aku lunch nasi putih separuh, kangkung dan ayam masak merah semua harga RM6.50. Itu harga biaslah aku makan tapi yang jadi tak adil uncle depan aku nie dia ambik nasi putih penuh, acar sayur, kankung dengan gulai daging lembu harga semua RM6.00. Aik? Asal aku punya mahal sangat! 


Aaarrrgghh, garagara memikir sejenak aku dengan kena pukau membayar lah wang itu kepada cashier. Setahu aku daging mentah dengan ayam mentah, daging lagi mahal kat pasar. Aku takkan dna takkan makan disitu dah sebab ini tidak adil tidak adil bagikuuuu! Gambar diatas boleh dapat RM4.00 di Temerloh ;( Sob sob sobbbbb!

Thanks for reading.

Hai dan assalammualaikum

Sambil lah aku menghilangkan mengantuk kena buat Minute Meeting untuk HSE Committee meeting nie kan, aku beleklah gambar dalam blackberry yang tak berapa sweet macam strawberry blueberry dan semua berry lah kan. Terjumpa gambar family reunion.

Masa nie semua family aku ; adek beradek belah ma aku lah balik sebab ada kenduri cukur ke apa untuk 2 baby yang baru lahir dalam keluarga kami. Tahniah kak tia dan kak finaz sebab dapat baby yang comel macam makcik2 yang perasan cuncomel semua lah. Biasalah bila malam menjelma memang diorang nie akan ajak keluar lah kan. Tempat yang dituju ialah Star Mall, Mentakab Pahang. Satu2nya mall yang ada di Mentakab/Temerloh yang ada wayang semua lah. 

Sebelum sampai sana singgah bank kejap tetiba ada bunga api sebab CNY kan. Apalagi memang kamera kena jalankan tugas lah. Sampai je sana, ada satu kedai baru buka. Kedai 6D Motion Picture. Bila mende tue dah ada, memang jakun lah kami sebab tak pernah tahu amende tue kan. Rancangnya nak tengok wayang cancel sebab nak tengok 6D Motion nie. Okeh, korang semua boleh dapat menda kat tempat aku gtahu tadi lah kan. Harga dia tak mahal tapi mahal lah jugak. 

Menunggu masuk ke tempat yang sepatutnya tapi sayang sebab tak semua balik. Ni baru 1/3 kelurga kami. Tak silap aku 1 kepala rm15 dan 3 orang dapat free 1 tempat. Korang pilih nak cerita camner roller coaster ke hantu ke apa ke. Tapi kalau mende ni korang nak tengok sangat better korang ambik roller coaster. Sebab aku dah menyesal tahap penyesalan habis lah sebab pilih hantu yang memangnya membazir dan membazir dan tak menakutkan langsung!


Yang aku pegang tue brochure eh kita panggil kan? Masa tue diorang tengah promotion lah sebab baru buka kan. Memang ramai lah tapi taktahu lah sekarang sebab aku dah 2 bulan takbalik. 

P/S: Aku nampak gemuk sebab baju yang aku pakai okeh. Bukan aku gemuk. Tolonglah akui kalian. *Trauma berat badan naek perut buncit butang cabut. 

Thanks for reading.



Bajet CSI menyiasat pencuri helmet

Kali nie aku nak cerita pengalaman aku lah buat inspection kat site site under company aku. Masa aku tengah buat inspection ketika tue aku berada dalam site office di satu company di Damansara Perdana. Nama company rahsia lah takkan nak gtahu pulak kan? Tak pasal aku masuk keluar court kena saman famous masuk melodi tv3, tv2 semua tv lah aku masuk. Sambil aku tengah berkerja interview staff aku kat sana semua lah ada seorang contractor masuk tapi bukan contractor company aku lah kan. Aku tak ingat dia orang mana. Sebab cara dia bercakap dah bercampur dengan KL.

Contractor : *Ketuk pintu knock knock. Abang, saya mahu minta tolong. Tadi pukul 12 saya turun makan lepas tue balik dari rehat dalam pukul 1 saya masuk kerja saya lihat helmet saya hilang. Helmet saya warna putih. Saya nak minta tolong abang tengok di CCTV siapa yang mengambilnya karna saya mahu balik nanti susah. Iya, saya minta tolong ya.

Dengan pantas, tangkas, kelajuan melebihi 180km perminit staff cofreth terus pergi ke control room melihat CCTV. Aku terdiam dan berfikir sejenak. Macam mana aku nak lari dari boss aku nie sebab aku nak pergi tengok juga. Jakun rupanya aku. Dalam 2 minit aku masih lagi berfikir akhirnya idea datang dalam 5minit.

Aku : Ilmi (Admin site), jom pergi solat.
Ilmi: Okeh jom!

Sambil berjalan, 

Aku: Ilmi jom pergi control room aku nak tengok jugak nak jugak bajet ala2 CSI. Hahaha.
Ilmi : Jom jom jom *Gelak besar.

Akhirnya dapat juga aku berangan menjadi CSI melihat mengulangi masa mengkaji menyiasat perkara itu. Hahaha. Betapa bijaknya pencuri itu meletakan helmet di dalam beg dan menutup beg tersebut betul betul dihadapan CCTV. Hahaha. 

  

Agak2 dah jumpa semua nie, aku ng ilmi terus pergi solat. Bapak lah jauh perjalan ke surau dia dan terpencil korang tahu. Dahlah bangunan under construction lagi. Kalau sorang kena tawakal dan banyakkan membaca ayat kursi. Insyaallah Allah ada untuk lindung kita dari orang keji dan zalim. Aku dan ilmi masuk office dan mummy aka boss aku berkata,

Boss: Amboi lamanya solat.
Aku: Jamak plus sunat bosssss...Hahaha.

Dah closing inspection tue, budak2 site ajak aku dengan boss ke tingkat 7 tempat paling cantik katanya. Okehlah aku kepilkan 1 je lah eh sebab nanti kantoi pula kat mana bangunan nie. Hahaha.

Lawakan tempat dia, kalau malam mesti layan perasaan gila lah setia hujung nyawa bagai.

P/s: Nak tanya aku kenapa jalan dalam gambar berbelit semua buang masa buang airliur. Sebab aku bukan arkitek. Hahaha.

Thanks for reading.

First blogging in 2013

Assalammualaikum semua

Hari nie 18/04/2013, saja aku nak tulis tarikh sebab aku tahu korang sendiri lupa tarikh kan. Pergilah makan semut banyak2 lagi.

Maknanya lagi 2 bulan cukup setahun aku tak update blog. Patutlah rasa ketebalan habuk dalam blog aku macam tak cuci rumah 10 tahun. Insyaallah, lepas nie aku rajin update blog eh. Aku taktahu nak cerita dari mana sebab dah lama tak update blog kan kan kan? Bajet aku busy lah kan macam businesswoman. Padahal tahap kemalasan aku dah melebihi 101% dari 100%.

Sekarang nie aku update blog sebagai seorang pekerja yang mana aku berjaya mendapatkan kerja dalam bidang aku ceburi di zaman kolej. Masa tue aku ambik Occupational Safety Health Management. Yeay! 2 bulan beb aku mengganggur meratap merenung menangis semua MENG lah sebab takdapat kerja. Syukur aku pada Allah sebab perkenankan doa aku secepat mungkin. Okehlah aku gtahu aku kerja kat mana. Aku kerja dekat Cofreth M Sdn Bhd sebagai Quality, Safety, Health and Environment Executive di Subang Jaya.


Nampak logo company aku warna hijau. Baru lah environment semua boleh bernafas bila nampak warna hijau. Aku nak cerita lebih2 pun susah lah kan sebab aku tengah kerja nie curi tulang sikit. Mengantuk weh minum coffee bergelas gelas bercawan cawan bercangkir cangkir *aku dapat perkataan cangkir dalam internet puas weh aku fikir mende apa cangkir tue. Okeh abaikan sebab takmasuk dalam document yang aku kena buat pun. Lagak macam buat research master pulak aku.



Nampak muka aku bajet penat lah sangat berminyak bagai kan? Padahal muka puas main tenet kat dalam office. Makan gaji buta aku nak buat macam mana kerja tak banyak lagi kan kan kan? Freshie lah katakan.Jangan tanya mengapa kenapa aku letak wallpaper tue eh. Eh kalian, siapa ada adek abang atuk ayah pakcik sepupu sedara sahabat kawan semua lah yang lelaki nak jadi technician hantar resume kat email aku eh atau nak hantar direct ke HR pun boleh buka lah website cofreth:

faienabubakar@yahoo.com 
http://www.cofreth.com.my/

Lupa aku nak cakap tahun 2013, hidup baru kerja baru cinta baru *bab cinta masih mencari. Kisah lama dilupakan tapi jangan disesali (sasterwan negara aku nie rupanya). Hahaha.

P/s: Eh asal nama aku Siti Nurfaezah tetiba jadi Faien? *Post lama aku dah buang konon nak lupa sejarah lama kan.

Thanks for reading.