Thursday, July 11, 2013

Hadis Rasulullah tentang Jodoh

Hai dan asalammualaikum

You alls dah tengok tajuk so dah tahu apa aku nak cerita. Memang tak dinafikan betapa sakitnya hati kalau kita dah putus cinta kan? Korang mesti lebih suka untuk demam dari sakit sebab putus cinta kan? Nak ambil masa untuk lupakan tue memang susah sangat kan? Aku pun pernah merasa dan sekarang masih lagi merasa. Kadang tiap hari aku doa pada Allah supaya Allah bantu aku untuk kuatkan hati ini dan dapat terima qada dan qadar.

Untuk menenangkan hati yang gundah gulana nie *aceceh aku search internet berkaitan Hadis Rasulullah tentang Jodoh, sedikit sebanyak telah mengubat hati aku yang sakit nie. Sebuah hadis menyebut :

                                                      لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ 

"Tiada yang dapat menolak ketentuan Tuhan melainkan doa."   

Usaha kita mencari jodoh perlulah bersandarkan iman dan diiringi dengan doa yang berpanjangan. Kalau tak bersandarkan iman, tengoklah manusia bunuh diri tue, tak ada agama ke? Orang kafirun banyak masuk islam, kau dah lahir dalam islam tak bersyukur lagi. 

Memang tak nafikan selalu kita dengar "jodoh ketentuan Allah tapi aku yang rasa sakit hati" itu dah betul tapi kita sebagai umat islam kena ingat doa kita tidak akan termakbul jika sekali keluar dari mulut kita "selalu berdoa tapi tak pernah termakbul". Allah memisahkan kamu kerana Dia tahu siapa yang lebih baek untuk kamu.

Kepada lelaki :

"Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.” Surah Al Baqarah : Ayat 221

Kepada hati :

Bersabarlah wahai hati, mungkin di bukan jodoh aku sebab tu Allah memisahkan aku dengan dia. Jauhkanlah aku dari sifat benci kepadanya walaupun dia banyak melukakan hati aku sesungguhnya membenci orang adalah satu perkara dimurkai Allah kerana tidak menerima qada' dan qadarnya. Allahuakbar, Yang Maha Besar Yang Maha Kuasa, Kau kuatkan lah hati hambamu, sesungguhnya aku manusia yang lemah untuk menghadapi ujian dari Mu Ya Allah.


No comments: