Friday, July 12, 2013

Doa Tidak Dikabulkan

Hai dan assalammualaikum.

Korang mesti pernah fikir kenapa doa korang tak dikabulkan oleh Allah swt? Cuba korang bayangkan kalau doa korang semua dikabulkan dalam 1 masa? Percayalah dunia akan jadi huru hara. Sebab tu Allah Maha Bijaksana, Dia tahu apa yang akan berlaku. Kepada manusia yang doa tidak dikabulkan oleh Allah swt, dan Tuhanmu berfirman:

“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku
akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”
(Al Mu’min:60)

Ketika suatu doa tak segera menampakkan tanda-tanda terijabah, maka seharusnya seseorang tetap berbaik sangka kepada Allah SWT. Sebab, Allah SWT akan mengganti bentuk pengkabulan doa dengan sesuatu yang lebih bermanfaat bagi si pemohon atau ditunda pengabulannya hingga hari akhirat dalam bentuk deposit pahala. Rasul pernah bercerita, nanti di akhirat ada seseorang yang heran mengapa Allah banyak memberinya rahmat-Nya, ternyata semua itu diperoleh dari do’a-do’anya di dunia yang belum terkabul..

 

Kedua, perilaku buruk. Syaqiq al-Balkhi bercerita, ketika Ibrahim bin Adham berjalan di pasar-pasar Bashrah, kemudian orang mengerumuni beliau. Mereka bertanya, “Mengapa Allah belum juga mengabulkan doa mereka padahal telah bertahun-tahun berdoa”, bukankah Allah berfirman, ”Berdoalah kalian, maka Aku mengabulkan doa kalian.”. Ibrahim bin Adham menjawab, ”HATIMU TELAH MATI DARI 10 PERKARA”, yaitu :

01. Engkau ber-Tuhan-kan Allah, tetapi tidak menunaikan hak-Nya.

02. Engkau membaca kitab Allah, tetapi tidak mau mempraktikkan isinya.
03. Engkau mengaku bermusuhan dgn iblis, tetapi mengikuti tuntunannya.
04. Engkau mengaku cinta Rasul, ttpi meninggalkan suri tauladan dan sunah beliau.
05. Engkau mengaku senang surga, tetapi tidak berbuat menuju kepadanya.
06. Engkau mengaku takut neraka, tetapi tidak mengakhiri perbuatan dosa.
07. Engkau mengakui kematian itu hak, tetapi tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
08. Engkau asyik meneliti aib-aib orang lain, tetapi melupakan aib-aib dirimu sendiri.
09. Engkau makan rezeki Allah, tetapi tidak bersyukur pada-Nya.
10. Engkau ikut menguburkan orang mati, tetapi tidak mengambil pelajaran dari peristiwa itu.

Pesanan mokcikfaien kepada anda :

Berdoalah dengan seikhlas hati anda, insyaallah Allah akan menerima doa anda. Wallahualam. 

Akan menyusul 9 petua mencapai doa mustajab dari Rasulullah.

Thanks for reading.

Thursday, July 11, 2013

Hadis Rasulullah tentang Jodoh

Hai dan asalammualaikum

You alls dah tengok tajuk so dah tahu apa aku nak cerita. Memang tak dinafikan betapa sakitnya hati kalau kita dah putus cinta kan? Korang mesti lebih suka untuk demam dari sakit sebab putus cinta kan? Nak ambil masa untuk lupakan tue memang susah sangat kan? Aku pun pernah merasa dan sekarang masih lagi merasa. Kadang tiap hari aku doa pada Allah supaya Allah bantu aku untuk kuatkan hati ini dan dapat terima qada dan qadar.

Untuk menenangkan hati yang gundah gulana nie *aceceh aku search internet berkaitan Hadis Rasulullah tentang Jodoh, sedikit sebanyak telah mengubat hati aku yang sakit nie. Sebuah hadis menyebut :

                                                      لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ 

"Tiada yang dapat menolak ketentuan Tuhan melainkan doa."   

Usaha kita mencari jodoh perlulah bersandarkan iman dan diiringi dengan doa yang berpanjangan. Kalau tak bersandarkan iman, tengoklah manusia bunuh diri tue, tak ada agama ke? Orang kafirun banyak masuk islam, kau dah lahir dalam islam tak bersyukur lagi. 

Memang tak nafikan selalu kita dengar "jodoh ketentuan Allah tapi aku yang rasa sakit hati" itu dah betul tapi kita sebagai umat islam kena ingat doa kita tidak akan termakbul jika sekali keluar dari mulut kita "selalu berdoa tapi tak pernah termakbul". Allah memisahkan kamu kerana Dia tahu siapa yang lebih baek untuk kamu.

Kepada lelaki :

"Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.” Surah Al Baqarah : Ayat 221

Kepada hati :

Bersabarlah wahai hati, mungkin di bukan jodoh aku sebab tu Allah memisahkan aku dengan dia. Jauhkanlah aku dari sifat benci kepadanya walaupun dia banyak melukakan hati aku sesungguhnya membenci orang adalah satu perkara dimurkai Allah kerana tidak menerima qada' dan qadarnya. Allahuakbar, Yang Maha Besar Yang Maha Kuasa, Kau kuatkan lah hati hambamu, sesungguhnya aku manusia yang lemah untuk menghadapi ujian dari Mu Ya Allah.


Monday, July 1, 2013

i Slim - Slimming Facial and Spa yang MURAH okeh!

Hai dan assalammualaikum



Ape bondo eh i Slim nie ha? Dah tertera disitu slim of course lah benda yang selalu kita dengar untuk kecantikan luar dan dalam kan. Aku dapat satu voucher free lah dari i-Slim nie ha tapi kau kena pilih nak buat slimming atau facial. So, aku pilih untuk slimming memandangkan perut aku pregnant sejak aku form 2, tak kempis kempis.Okeh, ahad lepas appointment aku pukul 4 di Summit USJ ye kawan kawan promosi pembukaan tapi diawalkan kerana takde orang yeay! Sebab aku memang taksabar menunggu benda alah tue.

First step - Biasalah diorang akan terangkan apa masalah part mana yang terkumpul lemak bagai proses lemak semua lah. So information yang aku dapat, lemak tak mempengaruhi berat badan walaupun kau pelik kenapa kau punya seluar ketat sedangkan berat kau masih maintain. Itu sebab lemak lemak kau dah beranak pinak dalam badan. Sebab tu size kau S dah jadi M.

Second step - Biasalah diorang akan terangkan pakej pakej yang ada. Nasib lah aku dapat yang baek dan cantik, sini aku terangkan sedikit ;

          1) Free Voucher - Kau akan buat Thai Herbal System yang kau akan sauna dalam satu bilik dan satu kain. Kedua kau akan dapat urutan dari machine untuk buang lemak lower part. 

          2) Package slimming - Sebabkan kau ada voucher nie, kau dapat buat 1 pakej slimming yang berharga RM120 tapi kerana voucher tue kau dapat less RM68 sahaja. Pakej nie merangkumi Thai Herbal System, Fat Burning Cream + Wrapping S Shape + Blanket Infrared.

         3)  Package slimming for continuous - Pakej nie sama je (refer num 2) tapi kalau korang nak buat continuous, harga setiap satu RM120 kan so kalau kau nak buat 10x of course lah kena bayar RM 1200 tapi sebab promosi dia turunkan RM688. So kalau kau rasa banyak sangat kau pujuk lah buat 5 kali sahaja, takpayah bayar lump sump bayar ansur.

Third step - Aku pilih package num 2 untuk buat hari Ahad, bayar RM68 je (include macine lah sebab kau ada voucher kan). Untuk Thai Herbal System tak lah panas sangat biasa biasa je, 

Fourth step - Fat Burning Cream + Wrapping S Shape + Blanket Infrared, diorang akan sapu kau cream dulu lepas tue dia wrap kau macam kau mumia memang S Shape habis lah. Lepas tu kau kena baring bawah blanket tue, mula mula aku rasa taklah panas sangat, dah 30 minit aku dah taktahan. Aku siap berdoa cepatlah habis bagai. Hahaha -,- Lepas tue siap timbang semua korang tahu berapa aku turun 1.3 kg! Btw, menda alah nie meningkatkan metabolisme dalam badan kau!!!

Fifth step - Pakai machine lower part, memang aku vibrate negro habis kau tahu. Hahaha. Sumpah lawak.

Akhirnya aku berpuas hati, jadi aku ambik package untuk 5x dan dia bagi free 1 untuk facial. Yeay! Gwiyomiiiiiii ;) Tapi aku tak bayar terus, aku bayar ansur lah setiap kali datang boleh bayar RM80-RM100. Harga 5x package hanya RM344 sahaja!

Dan berita gembira untuk korang, aku dapat free 2 voucher untuk bagi kawan kawan aku. Cepatlah whatsapp/wechat/line/facebook/twitter/call/sms aku weh. Aku malas nak simpan lama voucher nie ha. 



Thanks for reading

Thursday, June 27, 2013

Annual Dinner - Masalah yang selalu dihadapi ;(

Hai dan assalammualaikum.

Fuh! Dah berapa hari aku tidur tak lena sampai bengkak eyebag aku nie ha. Baru je aku habis annual dinner untuk Master Builders Association Malaysia (MBAM) dah datang annual dinner untuk company pulak. Waktu dinner MBAM macam orang gila aku ha nak cari baju, nasib lah Summit USJ depan rumah aku nie je ha. 

Cari punya cari nasib aku ada BFF, Masnita yang tolong aku semua. Kalau tak punah habis lah, memang that day aku paling buruk lah kalau aku tak berusaha kan? Sampai je dinner tu, LAH? Menyesal aku mencari macam orang gila, sebab ada certain people just pakai baju kurung. OMG! Btw, aku selitkan lah sedikit kan aku punya gambar waktu dinner hari itu.

*Gambar tak boleh ambik medium apatah lagi extra large sebab kabur! Aargh! Taklama beruban aku asyik marah2.







Masalah yang aku hadapi sekarang -,- Lepas berapa minggu pulak, annual dinner untuk company aku. Theme arabian, nampak senang untuk mencari baju kan? Tapi sebab aku cerewet dan kedekut so aku pilih baju yang mana aku boleh 2 in 1 maksud disini aku pakai untuk dinner dan RAYA!!!! Of course lah kena cari baju yang tak berkelip kelip sangat macam kunang2 kan, sebab takkan raya nak pakai baju berkelip bagai ha. Tak pasal kena kutuk aku.'

Masalah yang aku hadapi sekarang -,- Of course perempuan fikirkan make up kan? Nak make up arabian ni macam bollywood, so kena tebal dan tebal dan tebal sampai nak cuci kena pakai satu botol make up remover tu ha. Adoyai. Kalau pakai make up simple waktu malam nanti tak dapat tangkap gambar lawa sebab tak nampak make up tue.

Masalah yang aku hadapi sekarang -,- Tudung / Selendang bagai semua. Aku nak pakai tudung apa, sebab aku selesa pakai tudung bawal je ha. Tudung lain tak sesuai untuk aku sebab aku muka bulat. Issue kat situ yang buat aku tak boleh tidur utk beberapa hari ha. 

You olls tahu aku suka gila baju kat bawah nie. Tapi memang taklah aku nak sewa bagai sebab harga pun dah mencecah ribu untuk menyewa tak berbaloi kalau aku menang sekali pun. Takdapat back up modal balik. Hahaha, aku bermimpi sahaja sambil menelan air liur basi "-"




Thanks for reading.

Wednesday, June 26, 2013

Musim Jerebu - Pemakaian mask mana lebih elok?

Assalammualaikum.

Fuhhh! Bapak ai lama gila kot (lama lah sangat kan) tak update blog. Pertama sebab aku geram aku punya blog tak boleh upload picture. So setiap hari PC aku ni makan maki aku. Tapi aku maki baek perkataan baek lah kan. Jangan korang fikir lain pulak. Adoiyai. Pukul 18:22 aku masih di office memandangkan boss aku bagi kerja last minute. Tapi tak apa. Aku suka buat kerja time camni sebenarnya takde gangguan, apatah lagi sejuk aku boleh buat sesuka hati menda dalam office pada waktu sekarang. Kan kan kan? Tolong puji aku rajin, pekerja cemerlang you olls! Haish. Puji aku belanja gula gula 20 sen. Sorang dapat 2 biji je lah.

Okay! Sekarang tengah jerebu kan? Jerebu di tahap very unhealthy and hazardous kan? (Info yang nie aku dapat untuk area shah alam, pelabuhan klang dan petaling jaya). So aku saran kan korang yang bekerja di office sahaja memakai 3 layer mask. Tapi yang kerja outdoor pakai N95 mask, sebab expert mengatakan mask N95 adalah yang terbaek untuk melindungi kita dari menghidu jerebu tersebut. 

Nie mask 3 layer yang mana ada sesetengah company jerebu sudah mula masuk ke dalam office walau dalam kadar sedikit, tetapi pekerja digalakkan memakai mask 3 layer ini. Mask nie boleh lah you olls dapatkan kat klinik mana mana lah. Kat mydin 80sen je 1. 
 Yang nie pulak mask N95 yang mana sesuai untuk sesiapa bekerja di luar, sesuai untuk orang yang menunggang motor, contoh despatch ke, construction ke apa apa lah. 

So you olls pilihlah yang mana terbaek eh. Hehe. Taknak lah dengar sakit sebab jerebu. Aku pun flu and cough dah seminggu nie tak baek bercakap sengau habis you olls. Semoga you olls mendapat rehat dan menjaga kesihatan yang secukupnya! Hidup sihat kerja HAPPY oiiii!


Thanks for reading.