Tuesday, July 16, 2013

Tidak Sedap Hati berserta Doa

Hai dan assalammualaikum

Okay! Perasaan tidak sedap hati memang aku tak suka giler. Sekarang aku tengah mengalami perasaan tidak sedap hati, tapi penat aku fikir dari tadi apa yang menyebabkan aku tidak sedap hati tetiba. Apa yang aku harap benda ini takde kaitan dengan ma abah ataupun di tempat kerja. Jadi untuk tidak aku fikir panjang masalah nie, aku hanya mampu berdoa dan meminta pertolongan dari Allah swt. Hanya Dia yang mampu menjauhkan aku dari rasa ketidaksedapan hati dan aku mengharapkan tiada perkara yang buruk berlaku. 

Tapi aku tahu bukan aku saja yang pernah mengalami semua ni, you olls pun pernah kan? So aku nak share sikit surah dan zikir yang boleh kita baca untuk hilang rasa tidak sedap hati. Btw, yang ABC (Allah Bagi Cuti) tu, PERIOD lahhh boleh baca dalam hati. Insyaallah.


Surah  Al Insyiraah : 




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Mokcik faien amalkan dengan cara:

Letak tangan kanan di atas dada kiri dan baca surah ini 3 kali bersertakan doa kepada Allah memohon melapangkan dada yang menimbulkan perasaan tidak sedap hati. 

No comments: