Thursday, April 18, 2013

Bajet CSI menyiasat pencuri helmet

Kali nie aku nak cerita pengalaman aku lah buat inspection kat site site under company aku. Masa aku tengah buat inspection ketika tue aku berada dalam site office di satu company di Damansara Perdana. Nama company rahsia lah takkan nak gtahu pulak kan? Tak pasal aku masuk keluar court kena saman famous masuk melodi tv3, tv2 semua tv lah aku masuk. Sambil aku tengah berkerja interview staff aku kat sana semua lah ada seorang contractor masuk tapi bukan contractor company aku lah kan. Aku tak ingat dia orang mana. Sebab cara dia bercakap dah bercampur dengan KL.

Contractor : *Ketuk pintu knock knock. Abang, saya mahu minta tolong. Tadi pukul 12 saya turun makan lepas tue balik dari rehat dalam pukul 1 saya masuk kerja saya lihat helmet saya hilang. Helmet saya warna putih. Saya nak minta tolong abang tengok di CCTV siapa yang mengambilnya karna saya mahu balik nanti susah. Iya, saya minta tolong ya.

Dengan pantas, tangkas, kelajuan melebihi 180km perminit staff cofreth terus pergi ke control room melihat CCTV. Aku terdiam dan berfikir sejenak. Macam mana aku nak lari dari boss aku nie sebab aku nak pergi tengok juga. Jakun rupanya aku. Dalam 2 minit aku masih lagi berfikir akhirnya idea datang dalam 5minit.

Aku : Ilmi (Admin site), jom pergi solat.
Ilmi: Okeh jom!

Sambil berjalan, 

Aku: Ilmi jom pergi control room aku nak tengok jugak nak jugak bajet ala2 CSI. Hahaha.
Ilmi : Jom jom jom *Gelak besar.

Akhirnya dapat juga aku berangan menjadi CSI melihat mengulangi masa mengkaji menyiasat perkara itu. Hahaha. Betapa bijaknya pencuri itu meletakan helmet di dalam beg dan menutup beg tersebut betul betul dihadapan CCTV. Hahaha. 

  

Agak2 dah jumpa semua nie, aku ng ilmi terus pergi solat. Bapak lah jauh perjalan ke surau dia dan terpencil korang tahu. Dahlah bangunan under construction lagi. Kalau sorang kena tawakal dan banyakkan membaca ayat kursi. Insyaallah Allah ada untuk lindung kita dari orang keji dan zalim. Aku dan ilmi masuk office dan mummy aka boss aku berkata,

Boss: Amboi lamanya solat.
Aku: Jamak plus sunat bosssss...Hahaha.

Dah closing inspection tue, budak2 site ajak aku dengan boss ke tingkat 7 tempat paling cantik katanya. Okehlah aku kepilkan 1 je lah eh sebab nanti kantoi pula kat mana bangunan nie. Hahaha.

Lawakan tempat dia, kalau malam mesti layan perasaan gila lah setia hujung nyawa bagai.

P/s: Nak tanya aku kenapa jalan dalam gambar berbelit semua buang masa buang airliur. Sebab aku bukan arkitek. Hahaha.

Thanks for reading.

No comments: