Thursday, May 16, 2013

Farewell Hafiz Part 1- Window Shopping

Hai dan assalammualaikum,

Bila aku fikir balik lah kan lagi 2 hari officemate aku nak blah, dia dapat best job lah as a safety officer kat Petronas, Kerteh Terengganu. Memandangkan dia dah nak blah aku tinggal berdua dengan Manager aku kat department nie. Kalau ikutkan aku nak terjun bangunan MC 3 bulan itu kalau MC lah kan, alasan takut takdapat handover kerja dia. Memandangkan aku ni masih berpegang teguh pada agama Islam aku nie, jadi semangat aku berkobar untuk meneruskan kerja dengan semangat tokoh kegemaran aku Robert T Kiyosaki.

15 May, company buat farewell untuk dia lah kan. Boss pilih makan di Chilli's Grill and Bar kat Empire Subang. Dengan semangat boss aku panggil aku "Faien, tolong booking Chilli's Restaurant kat Empire, Subang." Aku search internet macam orang gila mana datang Chilli's Restaurant nie, buka2 semua kat oversea mula aku fikir takkan boss aku nak bawak ke oversea padahal dinner pukul 8 malam. Rupanya Chilli's Grill and Bar naek kematu bontot aku. Dah call bagai, datang pulok masalah lain, dia tak terima reserved so kena datang satu jam setengah awal untuk booking.

Okehlah aku pergi lah, dah macam secretary aku nie. Bapak jauh dengan kerja aku. Hahaha. Takpa tolong taksalah kan. Aku pergi dulu dengan 4 orang lagi sebab nak booking punya pasal. Lepas booking baek punya takkan nak duduk kat sana 1 jam cam orang gila kan, memang tumbuh janggut lah. Yang lain cadang window shopping je lah sebab kat sana barang mahal. Mana ada duet nak shopping bagai. 





Photo di GUESS pilihan kami lah sebab semua termasuk aku bajet comel. 


Thanks for reading.



Tuesday, May 14, 2013

Tempat Percutian

Hai dan assalammualaikum.

Dari semalam mata aku dah naek juling mengadap PC dan bakal mendapat Carpal Tunnel Disease menyebabkan aku tidak berhenti menjadi typist agak agak seminggu muntah mengangis air mata darah aku memikir hal ke mana aku nak pergi bercuti hujung tahun nie. Aku search sana search sini, tanya abang google terlebih pandai pula semua tempat dia tunjuk. Memang lagi pening terus mampus kering aku kat sini. Aku nak pergi dalam Malaysia tapi Sabah Sarawak tolak keluar dulu. Mungkin tahun depan lah kan. Aku usha punya usha alik alik Terengganu juga jadi pilihan aku. Banyak sangat pantai kat sana. Berikut nama nama pantai yang bakal aku fikirkan dari pilihan pertama hingga akhir dan pengundian akan dilakukan secara berperingkat dengan bestfriend aku. Agak2 muka aku minta penampar ayat nak jawab exam *berikut.


Pulau Perhentian
Image dari abang google.

Pulau Redang
Image dari abang google

 Pulau Kapas
Image dari abang google

Aku fikir sampai situ je tempat lain tak boleh fikir dah. Naek pening kepala aku pikir hal nie padahal nak pergi bercuti je. Lagaknya macam nak pergi oversea padahal dalam Malaysia je. Tekanan aku camni nie lah gara gara pergi bercuti sekali dalam 10 tahun.



Thanks for reading.


Monday, May 13, 2013

Bagan Lalang, Sepang

Hai dan assalammualaikum.

Ahad akhirnya sampai aku ke bagan lalang. Aku tak pernah pergi kau tahu kat sini, dan aku dah berbelas tahun tak mandi lautan untuk pengetahuan korang lah kan. Aku sampai sana dalam pukul 1 petang. Tapi memang tak lah aku nak mandi tengah panas tue kan.

Sampai sana aku dengan yang lain sewa chalet tak silap aku namanya Bagan Resort ke apa. Yang kecik berharga RM70. Yang besar harga RM85. Agak selesa keadaan bilik dia sebab ada aircond.


Aku ingat nak pergi beli topi tapi ada kat satu kedai je dan ada 3 pilihan je. Memang taklah aku nak pergi beli. Hahaha.
 
Sudahnya aku booking chalet aku jalan2 kat kawasan tue lah kan nak rasa tempat dia camner. Serius best. Dan sangat best! Berlecak ketiak aku weh sebab panas kau tahu. Akhir penat aku balik bilik aku tidur sampai kawan aku kata berdengkur. Nak elak dengkur jangan tidur! Nampak kan muka tak malu aku nie. Dan aku tak faham kenapa pic aku pecah masuk dalam blog nie. Saman nak? Haish -,- Kami start mandi pukul 5 kau tahu, pukul 5 pun masih panas Ya Rabbi. Subhanallah, cuaca panas, lautan panas, pemandangan sangat cantik.

 Aku taktahu lah menda apa budak2 nie jumpa. Memang tak aku nak pegang. Geli sumpah geli.

 Akhirnya oborobor menjadi tanda titik aku di huruf i.

Kami balik lepas maghrib, sumpah sangat cantik pemandangan waktu malam tenang dan memandang lautan mendapat ketenangan dan pahala.


Thanks for reading.

ICT Shah Alam

Hai dan assalammualaikum.

Korang sihat tak hari nie? Tak sihat tak apa meh aku hantar ke klinik. Nampak tak disitu politik menarik perhatian korang. Grrrrrr. Okeh, hari nie aku nak update pasal ICT bukan apa, benda nie dah lama kan, korang semua pernah pergi kan. Aku ada sorang kawan nie, dia memang orang KL lah, tapi dia tak pernah datang sini. Dia pernah lalu kat depan2. Dia kata tempat nie sweet kalau bawa GF. Serius dow aku muntah2 dah kat situ pandai pula dia berjiwang. Tak pekat pula ayat dia tue. Hahaha. Aku cakap kat dia, kalau perempuan suka lelaki melamar dia kat sini bukan romantik namanya.

Jadi aku pun bercerita mungkin tak semua perempuan suka cara macam tue. Sebab aku membayangkan Putera Katak aku yang kacak, penyayang, tinggi, datang rumah aku ambik aku bawa aku kat mana2 lah tempat nak dia melamarkan. Tapi aku prefer lautan lah. Waktu dia melamar tetiba ada lagu fav aku Kenny G, apa2 instrumental yang dia mainkan lah tapi kasi romantik Ummmppph punya! Besar dan tinggi angan-angan aku kan?

Siwon salah satu kekasih bertakhta dihati aku sejak aku berumur 18 tahun.
Berbalik pada cerita ICT, aku nak terima kasih lah eh kepada kawan aku sebab tangkap gambar aku banyak2 gambar korang aku tak tangkap pula kan. Hahaha.
 




 Nampak disitu muka aku berminyak? Maaf eh bukan berminyak tapi glowing. Pandai cover boleh cari makan tahu. Hahaha.

 Aku pun nak perasan ala ala gwiyomi jugak. Nak buat video malu pulak nak masuk youtube. Tangkap gambar sudah kan. Sob sob sob ;( Pemalu tahap gaban.


Kenapa mereka dan siapa mereka? Okeh, baju hitam tu pemain bola untuk UKYC, Ulu Kelang punya kawasan. Ramai buyer nak beli dia. Serius dow mamat nie nampak pendek tapi body dia smart gila.  Baju merah tue Abang Arie (AMK Ulu Kelang) yang mana dia seorang yang pelik tapi benar. Menarik setiap tahun boroi dia menjadi2. Hahaha.




Thanks for reading.

Make over by Hani Amirah

Hai dan assalammualaikum.

Hari nie aku ambik Hani tidur dengan aku sebab aku nak tidur dengan dia lah! Aku tumbok muka korang satu satu kejap lagi fikir bukan2. Aku kalau sorang kat rumah dia pun sorang kat rumah dia, aku ajaklah dia tidur rumah aku. Apa yang best si Hani nie dia suka make over muka orang tahu macam budak cakap "main makeup2". So dia pun dengan rasa gembira seronok menjahanamkan muka aku, aku pun rasa ala2 model sebab ade orang make up kan. Sampai tertidur berdengkur aku kau tahu betapa lamanya. 

Ini lah hasil muka aku selepas di touch up oleh Hani Amirah. Serius nampak awesome! 

Nie alat alat make up dia pakai sewaktu menconteng muka aku.

Selepas dia puas hati menconteng muka aku, giliran aku menjahanamkan muka dia. Aku make up kan dia natural je, sebab dia sangat cantik even make up tebal atau natural. Nie hasil untuk tangan aku yang takde seni menjadi mak andam. Tapi pelik macam mana tangan lelaki hasilnya menarik tapi sayang Nyah kau rupanya. Waaaaaaaaaa!

Tadaaaa! Hani Amirah yang sangat cantik dan comel apatah lagi lepas kena hasil tangan aku. Hahaha. Nampak tak disitu aku seorang yang sangat perasan, berlagak nak mampus! 

Kenapa tudung kami recycle eh? Sebab aku ada satu selendang yang mana selendang tak perlukan Pin bagai, belit2 je ala2 Arab lah katakan. Selepas makeup of course lah photoshoot takkan lah nak buang make up nie terus kannn.


Nampak disitu bukan keseksian aku eh tapi legging aku berwarna coklat ala2 warna kulit. Korang buat fitnah bukan2 aku tak main saman2 nie aku tumbuk kau terus. Nampak tak aku samseng yang takde masa depan kat situ.



Thanks for reading,

Banana Boat Sport Sunscreen Lotion SPF 110

Hai dan assalammualaikum

Korang dah tengok kan title aku tulis apa? Beberapa hari lepas kawan aku wechat ajak aku picnic kat Bagan Lalang.  So bila aku terfikir tempat tue adalah lautan benda yang paling aku risaukan ialah SUNBURN! Serius aku sangat merisaukan sunburn. Bertindak lebih cepat tangkas dan mudah aku menggunakan abang google yang mempunyai kepandaian dan maklumat yang bagus, kalau abang google nie manusia aku iktiraf dia tokoh kegemaran akulah. Aku mencari sunblock yang mana terbaek kononnya.

Esoknya aku pergi ke Watson di Summit, 10 minit dari rumah aku kalau jalan kaki. Aku nampak ada jenama Sunplay tak silap aku, tapi aku tak ambil sebab aku takut nie tak sesuai dengan kulit aku memandangkan adek sedara aku pernah pakai, kulit dia makin hitam. Mungkin tak sesuai untuk keluarga kami. Akhirnya 1 jam berada di Watson aku terjumpa Banana Boat Sport Sunscreen Lotion.Aku pilih SPF 110, tapi bukan lah sebab SPF aku pilih sebab yang itu untuk sport punya. Aku takut nak mencuba risau membazir sunburn semua tapi aku kuatkan hati dengan membeli. Yang SPF 110 kecik je harga pun sangat murah okeh - RM 19.90.



Untuk pengetahuan korang, ada maklumat mengatakan jangan terpengaruh dengan SPF yang tinggi tapi tengok keberkesanan dia. Dan juga mende alah nie korang boleh letak kat muka okeh. Sumpah weh, mende alah ni tak melekit, yang paling penting diiktiraf by Skin Cancer Foundation. Sebelum aku pergi aku letak menda alah nie 2 lapisan kat muka kononlah puteri lilin tak boleh kena panas *kalau tumbuk muka tak sakit dah lama aku tumbuk diri sendiri. Alhamdulillah, aku mandi di lautan muka aku tak sunburn! Make sure lepas mandi pakai balik sunscreen tueee. Takpayah lah aku memenatkan untuk memutihkan kembali muka. Blurp blurp ;D - Nak dapat maklumat terperinci klik sini.



Thanks for reading.

Friday, May 10, 2013

Erti Persahabatan


Asal eh aku letak tajuk camtu? Of course lah aku nak cerita pasal persahabatan. Lambat lah korang nie. Masalah aku susah ada kawan sahabat baek semua lah. So kawan yang rapat dengan aku pun boleh kira dari aku budak keluar hingus meleleh sampai pandai lap hingus sendiri. Masalah kedua, bila aku dah mula sayang kawan ada pula yang khianat. Tapi tak apa, setiap kejadian ada pengajaran dan membuat kita matang. 

Okeh chuppps! Kalau korang kawan aku tengok aku layan korang mesti orang ingat macam les bagai tapi sorry okeh, disini aku menyatakan hati aku masih pada lelaki. Yelah, aku sayang dow kawan aku of course kadang aku panggil YANG/ SAYANG kat diorang. Bila aku rapat dengan kawan2 aku, memang aku rapat yang nie je, jarang lah aku nak keluar ng orang lain melainkan aku ajak kawan kawan aku nie. Dengan sahabat rapat aku tak pernah berkira, dan aku boleh kenal bau sorang2. 

Situasi dalam lif- Aku masuk lif, aku terbau kawan aku Yana. So aku tahu dia baru sampai ;) Tapi gambar yana takde dalam nie sebab gambar kami banyak dalam fon dia.

Kepada sahabat di bawah, terimah kasih menerima aku sebagai kawan korang sebab aku tahu aku bukan perfect tapi aku cuba menjadi sahabat yang SEKEPALA (memang aku tengah pegang award pun ni, ucapan dah sedia bagai). Kesian weh diorang layan aku penat, yelah aku kan banyak cakap, mengutuk mengumpat meng semua lah, lebih lagi bab makan semua kalori aku tibai, diorang nie jaga makan. Dah kawan ng aku hari2 aku bawak pergi kedai makan. Wawawawawawa! Hancur diet korang lebih lagi Hani. Hahahaha.

 Noor Hani Amirah - Sahabat yang lembut dan menjadi kasar lepas kenal aku, matang dan aku suka cara dia yang jujur telus ikhlas sopan santun. Eh, sopan santun ada ke? Eeee, jangan marah ye sayang!

 Yana tak ada sebab dia tak dapat join. Sedih ;( Tapi tak apa, we will always support her! Yana ambil Master at UiTM Shah Alam, so sekarang dia jarang bersama kami.

Masnita gadis Sabah, kalau korang dengan pasal Sabah mesti korang tahu kan suara diorang bila menyanyi terbaik. Terbukti ada pada Mas, minah nie memang suka karoke suara tiptop beb! 

  
 First date kami as a friend.

P/S: Ziela dan Yati, akak tak lupakan korang. Rindu kitak! Sorry aku letak pic sama dengan karangkraf tue sebab pic tu je ada dalam PC. Lain dalam berryberry aku nie.